eypol nichi widget at MyFlashFetish.com.

...

Selasa, 26 Julai 2011

Apa Nak Jadi Dengan Anak Dara Sekarang..

“Saya nak pergi kangkang. Kamu nak ikut?”
Ini mungkin ayat yang sangat pelik dan luar biasa yang keluar dari mulut seorang gadis ayu, sopan dan bertudung litup apabila mengeluarkan perkataan yang mungkin agak kurang enak didengar dek telinga. Dan mungkin ayat ini yang akan terkeluar dari mulut ku;
“Hah? kamu nak pergi apa????”
Dengan slumber pula dia menjawab,

“Itu… Nak pergi kangkang kat tepi jalan sana tu haaaa~” sambil menuding jari ke arah bangunan ditepi jalan yang berhampiran.
Ya Allah! Apa sudah jadi? Betul lah sekarang ini dunia memang sudah hampir kiamat! Apa sudah hilang akal kah gadis ayu dihadapanku ini hingga boleh berkata seperti itu? Sudah sakit mental kah gadis ini? Dengan serta-mertanya aku menepuk kepala yang tidak dihinggapi nyamuk, lalu berkata…
“Astarghfirullah’ alazim! Apa yang kamu nak buat nih? Sejak bila kamu terpesong? Aper dah tak tahu malukah kamu? Ya Allah… kesianlah dekat mak ayah kamu tu… dari kecil mereka ajar kamu jadi anak yang sopan. Dah besar panjang macam nih, nak buat benda tak senonoh pula?”
Jerkah ku. Puas hati! Orang yang sudah tidak sedarkan diri perlu diingatkan. Agar tidak menjadi fitnah dikemudian hari. Tapi, lain pula jadinya. Dengan muka hairan dan tidak puas hati, si gadis ayu menjawab;
“Eh! Apa yang kamu merepek nih? Bila pula saya kata, saya nak buat benda tak senonoh?”
Aduh, bertambah ‘panas’ hatiku! Beria-ria aku marah dan cuba hendak mengingatkan dia, dikatanya aku merepek pula!
“Apa pula saya yang merepek? Kamu tu yang merepek! Yang kamu nak pergi mengangkang kat tepi jalan tu buat apa?”
“Kah~kah~kah~” Kata-kata ku dijawab dengan deraian tawa dari gadis ayu tersebut. Ketawanya kelihatan hampir pecah perut.
“Sah lah… memang dah tak waras agaknya gadis didepan aku nih. Kesian~ muda-muda lagi, sudah sakit mental…” kata hati kecil ku.

Selepas ketawanya reda, si gadis terus menarik diriku ketepi jalan, lalu menuding jari ke arah sebuah kedai. Terkesima aku melihat kedai tersebut…
kangkang Apa Nak Jadi Dengan Anak Dara Sekarang, Nak Pergi Kangkang Pun Ajak Orang
“Hah, inilah Kang Kang nya… Kamu fikir saya nak buat apa???” Jerkah gadis tersebut kepada ku pula. Dengan perasaan yang sangat bengang bercampur geli hati, aku pun menjawab…
“Alah! Cakaplah nak pergi KEDAI KASUT !! Ini, nak pergi KANGKANG … nak pergi KANGKANG … Haishhh!!!~”
p/s: Kedai Kasut Kang Kang ini adalah kedai kasut yang popular di Bukit Gambir, Muar. Ianya bukan saja popular kerana potongan harga kasut yang sering ditawarkan. Malah ianya lebih popular kerana nama kedainya yang agak lawak bila disebut… huhu~

Ahad, 24 Julai 2011

9 Sebab Hubungan Tidak Mampu Bertahan

Artikel Cinta ini telah disampaikan oleh saudari qiqi anura di Forum Tentang Cinta.

1. Menipu
Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.
2. Harapan / Kebebasan
Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.
3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan
Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.
4. Mengungkit Hal Yang Lalu
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.
5. Berbeza Pendapat
Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.
6. Status Yang Tinggi
Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.
7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.
8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak
Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.
9. Kawan-kawan dan Keluarga
Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.

Khamis, 21 Julai 2011

asyik nak gado2 je..


kenapa ler aku sllu bgado dgn dia..
stiap hari ada je mslh yg tmbul..
lau gado tu da mcm mkn nasi..
leh jd rutin harian..
yg xbest nya,xleh nk kwal mrh..
huh..
lau aku ckp ada je dia nk lwn..
bosan??
hahahaa..
lau dia xde,dgn spe ler aku nk lwn gado..
sok ptg dia da nk brkwn dgn buaya..
da xde kwn nk gado..
wlaupn kteorg sllu gdoh..
aku sllu mnghrp dia dkat dgn aku..
nnt lau dia blk mlk
aku nk ckp kt dia aku syg sgt kt dia..
aku da xnk gado2 lg dgn dia..
sbb dlu kteorg
ASYIK NAK GADO2 JE..

459










Rabu, 20 Julai 2011

load test(ujian beban)


Ni nk kongsi pengalaman aku semasa menjalankan tugas..
mana yg da biasa jaga site mungkin pernah tgk,tp x sume 
pernah kendalikan benda ni..
BAHAYA!!!
Memang bahaya kalau kerja x dibuat dengan cermat..
kerja ni senang tp perlukan kesabaran..
mana x nya..stiap mse asyik nk mengadap dia je..



Ni antara alat yg aku kne kawal mse menjalankan tugas..
Ni plak meter yg aku kne tgk stiap 15minit selama 46jam-66jam..
mmg senang tp kne thn tdo r..



Nak cter pnuh rsenya korng xkn paham..
lau nk cr pengalaman leh r join aku..
tp load test ni xselalu ada..
lokasi seterusnya kt Merlimau..
nk wat projek UiTM..
aku gerak g sne pagi jumaat..

Antara load test yg pernah aku jge:-
Shell Klang..
Sek.Keb.Senawang..
Sek.Keb.Nyalas..
PPD Jasin..
Sek.Ayer Merbau..
byk lg r,aku x bpe nk ingat..
hehe..
salam..











kekasih ke kelantan


Akhirnya..tiba r mse kekasih tercinta bertolak ke kelantan..dia mendapat arahan untuk sempurnakan satu tugas khas..mungkin ni pengalaman yang dia sendiri nk wat..dijangka lbh 10jam masa perjalanan..aku xrisau sgt sbb dia da byk pngalaman wat aktiviti lasak..tp ni pngalaman pertama dia berkawan dgn buaya kelantan..hahahaaa...
nk tahu pe aktiviti dia??korang klik cinta buaya pastu layan cter dia..lau korg nk thu..kocha chomey ni satu2nya awek aku yg pling nkal..nk gk tgk dia bgmbar dgn buaya..hehehe..pe2 pn aku doakn dia slmt pergi dan balik,dpt jlnkan aktiviti dgn jayanya..korng pn doakan r skli..

Rabu, 13 Julai 2011









* 30 Larangan Untuk Wanita*

1. Menyambung rambut palsu

2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi

3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi

4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lelaki lain

5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama

6. Membuka rahsia hubungan suami isteri

7. Berpuasa sunat tanpa izin suami

8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami

9. Derhaka kepada suami

10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas

11. Mengingkari kebaikan suami

12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram

13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya

14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram

15. Menyerupai lelaki

16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami

17. Memandang aurat wanita lain

18. Keluar rumah tanpa ada keperluan

19. Masuk permandian awam

20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah

21. Meratapi kematian

22. Berhias atas meninggalnya seseorang

23. Menghantar jenazah

24. Mempercayai dukun dan peramal

25. Menyumpah anak-anak sendiri

26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim

27. Menganiaya pembantu

28. Mengganggu jiran

29. Minta cerai kerana suami sakit

30. Minta cerai kerana suami menikah lagi

Ahad, 10 Julai 2011

alasanmu

Ikhlasnya hati
Sering kali disalah erti
Tulusnya budi
Tidak pernah engkau hargai
Berlalu pergi dengan
Kelukaan ini
Kumengalah... ku bersabar

Bertentang mata seolah-olah tiada apa
Berpaling muka ada saja yang tidak kena
Mencari sebab serta alasan yang kukuh
Supaya tercapai hajatmu

Manis dibibir memutar kata
Malah kau tuduh akulah segala penyebabnya
Siapa terlna pastinya terpukau
Pujukmu, rayumu, suaramu
Yang menagih simpati dan harapan

Engkau pastinya tersenyum
Dengan pengunduran diriki
Tetapi bagi ku pula
Suatu ketenangan

Andai kita terus bersama
Belum tentu kita bahagia
Selagi tidak kau ubah
Cara hidupmu

Ada rahmatnya 
Bila tidak lagi bersama
Terasa jauh
Diriku ini dengan dosa

Ku tinggalkanmu walau tanpa kerelaan
Yang nyata kau tidak berubah...

Katalah apa yang kau ingin 
Selagi kau dapat berkata
Memang begitu sikapmu
Semenjak dahulu

Jumaat, 8 Julai 2011


salam sahabat dan keluarga besar..
8/7/2011
dlm kul 1am..
mohd afiq,ank buah aku yg pling kuat ngis ni 
msk hspital..
mama ckp dia kne dmm campak dgn sawan,kre dmm pns r..
kul 4am aku kne g hspital,nk bwk mama g tgk cucu dia...
lpk r aku jp kt sne..
pastu trus grk g kje..
abis kje g opis jp,antar report..
pastu trus g hspital..
adk aku dr perak sngup blk tu..
semata2 nk tgk ank buah dia..
smpat r aku tgk bdk kcik tu..
biasa dia ngis,ni dia tdo je..
dia diasingkan dr bdk ln..
doc ckp dia krtikal..
siap scan kpla tu..
kcik2 da msk icu..
spe yg bce ksah ni,doakn r ank buah aku cpt smbuh..
dia yg pkai bju biru tu..
yg kopiah htam tu uda dia..
cute kn..
jgn nk gtal2 lak..
da berpunya tu..



Rabu, 6 Julai 2011

kenangan bersama


Kenangan bersama insan tercinta..
gmbr ni mse ktorg muda2 dlu..
lau xsilap ni first time kot kuar bejalan dgn dia...
dlu pkcik ni cute..
ramai gak yg tertawan..
hehehee..malu lak ai..
tp xthu r cmne leh bkenan kt mkcik korng ni..
asyk bgdoh je ktorg ni..
Alhamdulillah..
smpai skrng pkcik dgn dia..
berkat rstu mak ayh..
lpe lak nk gthu..
wlaupn pkcik ni cute
dan rmai peminat
pkcik tetap stia pd mkcik korg..
sakit plak mte ngadap komputer ni
mklum r da tua..
ok la..
mkcik kocha da pngil tu..
pe la org tua ni nk pagi2..
baru nk lyn kwn2..
dia nk ajk bgurau r ni..
da xthn r tu..
laa..
suh bg mkn kucing rpenya..
HAMPEH!!!







Selasa, 5 Julai 2011

nota buat ko...


Sengaja aku beralih pandangan ke tempat lain..
Untuk memberi kau sedar..
Aku benci sikap kau yg xpernah tahu susah aku mencari duit..
Pernah kau fikir dari mana datang duit untuk beli barang dan belanja kau??
Mungkin berat untuk kau nyatakan hinanya kerja aku sekarang..
Mungkin kau malu dengan kerja aku sekarang..
Tapi kau sering minta yg bukan2..
Walaupun kau tahu aku xmampu..
Kadang2 aku terpaksa menahan lapar ditempat kerja sbb
nak smpan duit,semata2 nak kuar dgn kau..
Kau ingat lagi x kau suruh aku dtg melawat kau kat U??
Ingat x kau nak myvi merah??
Ingat x kau nak ada rumah sendiri??
dan kau ingat x apa lg yg kau minta??
Aku memang xmampu nk bg harta dunia..
Aku kalah dengan cinta yg memandang harta..
Kalau kau baca ksah aku ni,aku nk kau thu..
Aku x pernah mnysal trima kau sbgai kekasih aku..
Da 2 thun kita bersama..
byk phit dari manis yg kita jumpa..
tiada rhsia yg aku simpan..
sgla prasaan aku luahkan pd kau..
bkn nyawa yg pisahkan kita tp duit dan harta..
aku mencari cinta yg kau sndiri xprnh tahu..
selepas mama,kau insan yg pling aku syg..
kalau kau btl mencintai aku..
kembali r padaku..
buang sikap sombong dn ego..
kalau kau sentiasa bersyukur
Allah akn permudahkan urusan kau..

nota buat ko...