eypol nichi widget at MyFlashFetish.com.

...

Selasa, 31 Mei 2011

Senarai Top Ranking Universiti Terbaik di Malaysia bagi tahun 2011.
  1. Universiti Sains Malaysia
  2. Universiti Teknologi Malaysia
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia
  4. Universiti Putra Malaysia
  5. University of Malaya
  6. Universiti Malaysia Perlis
  7. Multimedia University
  8. Universiti Teknologi Mara
  9. Universiti Malaysia Pahang
  10. International Islamic University of Malaysia
  11. Universiti Utara Malaysia
  12. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  13. Universiti Tenaga Nasional
  14. Universiti Malaysia Sabah
  15. Open University Malaysia
  16. University of Nottingham Malaysia
  17. Universiti Teknologi Petronas
  18. Universiti Sains Islam Malaysia
  19. Universiti Pendidikan Sultan Idris
  20. Taylor's University College
  21. Universiti Teknikal Malaysia Melaka
  22. Universiti Tunku Abdul Rahman
  23. Universiti Malaysia Terengganu
  24. Universiti Malaysia Sarawak
  25. Universiti Tun Abdul Razak
  26. Monash University Malaysia
  27. Universiti Industri Selangor
  28. Wawasan Open University
  29. UCSI University
  30. Curtin University of Technology Sarawak Campus
  31. Asia Pacific Institute of Information Technology
  32. International Medical University
  33. Help University College
  34. Tunku Abdul Rahman College
  35. Al Madinah International University
  36. Universiti Kuala Lumpur
  37. National Defence University of Malaysia
  38. Segi College
  39. Universiti Sultan Zainal Abidin
  40. Universiti Malaysia Kelantan
  41. Limkokwing University of Creative Technology
  42. KDU College
  43. Selangor International Islamic University College
  44. Sunway University College
  45. Malaysia Theological Seminary
  46. Malaysia University of Science & Technology
  47. Olympia College Malaysia
  48. Swinburne University of Technology Sarawak Campus
  49. Malaysian Institute of Management
  50. University of Malaya Medical Center & Faculty of Medicine
  51. INSANIAH University College
  52. Taman Pertanian University
  53. Kuala Lumpur Infrastructure University College
  54. International Centre for Education in Islamic Finance
  55. Majlis Peperiksaan Malaysia
  56. Cyberjaya University College of Medical Sciences
  57. Disted-Stamford College
  58. Berjaya University College of Hospitality
  59. Asia e University
  60. KBU International College
  61. New INTI College
  62. TATI University College
  63. Nilai International College
  64. Asia Pacific University College of Technology & Innovation
  65. AIMST University


Read more: Senarai Ranking Universiti Terbaik di Malaysia 2011 |melvister.com 

biar bEtol

KERIS Taming Sari   dipamerkan di Galeri Sultan Azlan Shah  di Kuala Kangsar selama enam hari bermula semalam sempena Hari Keputeraan Sultan Perak yang ke-83.
KERIS Taming Sari dipamerkan di Galeri Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar selama enam hari bermula semalam sempena Hari Keputeraan Sultan Perak yang ke-83.
Keris kebesaran Diraja Perak diwarisi dari Sultan Melaka sejak 1528

KUALA KANGSAR: Muzium Perak menolak dakwaan mengatakan Keris Taming Sari iaitu satu daripada alat kebesaran Diraja Perak yang dipamerkan di Galeri Sultan Azlan Shah di Bukit Chandan, di sini, adalah palsu atau replika.

Pengarah Muzium Perak yang juga pengurus galeri berkenaan, Nor Janati Ibrahim, berkata pihaknya sering menerima dakwaan sedemikian berikutan ada di kalangan pengunjung meragui keaslian keris itu.

“Keris Taming Sari dipamerkan di galeri ini adalah simpanan dan warisan Sultan Perak. Jadi ia menjadi satu daripada alat kebesaran Diraja negeri ini. Malah, senjata itu hanya boleh dipamerkan kepada umum selepas mendapat perkenan daripada Baginda Sultan Perak sempena Hari Keputeraan baginda.

Isnin, 30 Mei 2011

PENGERTIAN PUASA




# Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

PUASA WAJIB
# Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar.

PUASA SUNAT
# Puasa enam hari pada bulan Syawal
# Puasa hari Arafah
# Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam
# Puasa bulan Syaaban
# Puasa Isnin dan Khamis
# Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah)

PUASA MAKRUH
# Puasa yang terus menerus sepanjang masa
# Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq

PUASA HARAM
# Puasa pada hari raya pertama Idil Fitri
# Puasa pada hari raya pertama Haji
# Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.

SYARAT WAJIB PUASA
# Berakal
# Akhir Baligh (Cukup umur)
# Kuat atau mampu mengerjakan puasa

SYARAT SAH PUASA
# Islam
# Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
# Suci daripada haid dan nifas
# Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.

RUKUN PUASA
# Berniat - Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.
# Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
# Makan dan minum dengan sengaja
# Muntah dengan sengaja
# Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan
# Keluar darah haid atau nifas
# Gila
# Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.

ORANG YANG DIIZINKAN BERBUKA ATAU TIDAK BERPUASA
# Orang yang sakit
# Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
# Orang tua yang sudah lemah
# Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.

SOLAT DHUHA



     
اثالامموالايكوم...اتاس ناما الله اكو بآسآراه

Murahkan rezeki, menolak kepapaan
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat  Abu Hurairah katanya:-
Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya :      “Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha .”( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain”sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata :“Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata : “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud:“Adalah Nabi Sallallahu ‘alaihi  wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya.”(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda bermaksud :” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” ( Riwayat At-Thabarani ) 
GEORGE TOWN: Kerajaan pusat akan membina sebuah empangan baru di samping memperluaskan lagi Empangan Mengkuang di Pulau Pinang sebagai usaha mempertingkatkan lagi kapasiti air di negeri itu, kepada 3.8 kali ganda.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Barisan Nasional (BN) negeri Datuk Dr Teng Hock Nan berkata projek bernilai RM1.2 bilion itu akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Perjanjian bersama mengenai projek itu akan ditandatangani antara Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui dan Ketua Menteri Lim Guan Eng di Putrajaya Khamis ini.
Menerusi perjanjian itu, Dr Teng berkata kerajaan pusat telah membuktikan bahawa Pulau Pinang akan terus dimajukan walaupun BN adalah parti pembangkang di negeri ini.

"Projek itu membuktikan bahawa kerajaan pusat di bawah BN tidak pernah meminggirkan kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang seperti yang dilaungkan Lim Guan Eng," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dr Teng berkata kerajaan pimpinan BN sejak 50 tahun dahulu telah merancang keperluan air dari kawasan pulau dan Seberang Perai dengan membina empangan Air Itam, Teluk Bahang dan Mengkuang.
"Pembesaran dan pembinaan pam air empangan baru dari Sungai Muda ke Empangan Mengkuang dilakukan kerana sebelum ini bekalan air sangat terhad di Pulau Pinang dan kita hanya bergantung kepada sumber dari Sungai Muda,"katanya.
PETALING JAYA: Keluarga seorang wanita warga Vietnam yang mati dipercayai terjatuh dari tingkat 13 sebuah kondominium berhampiran Tropicana City Mall di sini dalam keadaan separuh bogel kelmarin percaya perbuatan itu dilakukan teman lelaki anaknya itu.
Seorang rakan keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, mangsa, Nguyen Thi Truong, 26, pernah melarikan diri daripada teman lelakinya itu dan mencari perlindungan di rumah ibunya di Jalan Ipoh, dua bulan lalu.

“Malah, teman lelaki mangsa pernah mencarinya hingga ke rumah ibunya sebelum membuat kecoh.
“Bagaimanapun tidak lama kemudian, mangsa kembali menjalinkan hubungan dengan teman lelakinya dan sejak itu, keluarga tidak mendapat lagi khabar berita mengenai mangsa,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bersama ibu mangsa, Nguyen Thi Nan, 52, dan beberapa ahli keluarga lain bagi menuntut mayat mangsa.

Menurutnya, telefon bimbit mangsa juga turut dirampas teman lelakinya itu bagi menghalangnya menghubungi sesiapa.

“Mereka percaya mangsa turut dipukul selepas kakaknya dapat menghubungi mangsa melalui laman sembang bervideo dan melihat wajah mangsa lebam.
“Bagaimanapun, keluarga mangsa tidak dapat menuntut mayat anak mereka itu selepas bedah siasat selesai kerana pasport Thi Truong dipercayai dirosakkan teman lelakinya menyebabkan identitinya belum dapat dikenal pasti,” katanya.

Beliau berkata, mangsa dan ibunya datang ke Malaysia lebih setahun lalu dan kedua-duanya menganggur.

hai kawaN2..

aGak-Agak
   sape tahu maksud arahan kat atas ni?
  Baca bEtol-Betol..
    perHatikan setiap huruf..
    cubA tenGok beTol-Betol..
    lau korang nak tahu maksud sebeNar
    seMua ada Dalam blog Aku ni.
lau salah tengok
   ke laUt ar korang..



     

Ahad, 29 Mei 2011


   haRi ni mama masuk peRtandingan maSak.
sempena karnival juarA rakyAt..
masakan mama simple je..
Talapia iii rasA
raSa memang beSt..
terBAIK r..
lau da Masyuk pertandingan 
mesti r nk menang..
aRi ni nsib kuRang berpihak pada mama
mama cuma dapat tempat ke-2 je..
ok r tu dari xde tmpat..
lau nak rasa masakan mama
MEH SINGGAH MEH..


Sabtu, 28 Mei 2011

ilmu untuk semua

Saya banyak belajar,sume saya belajar dari video..

saYa..

nak lebiH makluMat..

kaDet cinta



     Melangkah sendriaN mencari tujuan Hidup untuK beRjaya...
      diRi yang dulu kosOng kiNi cuba beruBah...
    BARIS!!!BARIS SEDIA!!!
  YEA...aKu da seDia..
walaupun aku cuma kadet yang
KEciL
       tp kentalku untuK melawaN musuH xpernah hilang...
maksuDku MusuH CintA..
kadang2 org nmpak bnda tu remeh jer...tp cmner ngan org yg slalu pkirkan perasaan org lain?? awak....tlonglah fahm...kter cuma xnak org lain kna mcm awk kna...itu je...awk tau kn..cmner perasaan kter bler kter tau org tu kcik atie or marah sbb kter... hmm.. :(