eypol nichi widget at MyFlashFetish.com.

...

Isnin, 30 Mei 2011

PETALING JAYA: Keluarga seorang wanita warga Vietnam yang mati dipercayai terjatuh dari tingkat 13 sebuah kondominium berhampiran Tropicana City Mall di sini dalam keadaan separuh bogel kelmarin percaya perbuatan itu dilakukan teman lelaki anaknya itu.
Seorang rakan keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, mangsa, Nguyen Thi Truong, 26, pernah melarikan diri daripada teman lelakinya itu dan mencari perlindungan di rumah ibunya di Jalan Ipoh, dua bulan lalu.

“Malah, teman lelaki mangsa pernah mencarinya hingga ke rumah ibunya sebelum membuat kecoh.
“Bagaimanapun tidak lama kemudian, mangsa kembali menjalinkan hubungan dengan teman lelakinya dan sejak itu, keluarga tidak mendapat lagi khabar berita mengenai mangsa,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bersama ibu mangsa, Nguyen Thi Nan, 52, dan beberapa ahli keluarga lain bagi menuntut mayat mangsa.

Menurutnya, telefon bimbit mangsa juga turut dirampas teman lelakinya itu bagi menghalangnya menghubungi sesiapa.

“Mereka percaya mangsa turut dipukul selepas kakaknya dapat menghubungi mangsa melalui laman sembang bervideo dan melihat wajah mangsa lebam.
“Bagaimanapun, keluarga mangsa tidak dapat menuntut mayat anak mereka itu selepas bedah siasat selesai kerana pasport Thi Truong dipercayai dirosakkan teman lelakinya menyebabkan identitinya belum dapat dikenal pasti,” katanya.

Beliau berkata, mangsa dan ibunya datang ke Malaysia lebih setahun lalu dan kedua-duanya menganggur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan