
1. Cinta harta .
Harta sering membuat manusia menjadi lupa diri dan tanggungjawab . Harta jugalah sering menewaskan kekuatan pejuang . Justeru itu Baginda Rasul saw. bersabda :
فو الله ما الفقر أخشى عليكم ولكنى أخشى عليكم أن تبسط عليكم الدنيا كما بسطت على من كان قبلكم
فتنافسوها كما تنافسوها فتهلككم كما أهلكتهم
( متفق عليه )
“ Demi Allah , bukan kefaqiran yang aku takut menimpa kamu , tetapi aku takut kamu di bentangkan dengan kemewahan dunia seperti dibentangkan kepada ummat dizaman dahulu , lalu kamu bergelumang dengan dunia dan merebutnya sebagaimana mereka sebelum kamu lalu kamu binasa sebagaimana mereka binasa .”
( Memiliki harta tidak dihalang oleh syara’ sebaliknya cinta harta itulah yang di pandang keji . Harta bermanafaat apabila ia menjadi alat bantu perjuangan menegakkan agama Allah swt .)
انفروا خفافا و ثقالا و جاهدوا بأموالكم و أنفسكم فى سبيل الله ذلكم خيرلكم إن كنتم تعلمون
( التوبة 41 )
“ Berangkatlah samaada ringan atau berat dan berjihadlah dengan harta dan jiwa kamu di jalan Allah , sedemikian itu terlebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui .”
2. Cinta pangkat dan kedudukan .
Cinta pangkat dan kedudukan , jika turut melanda individu dalam gerakan Islam akan menyuburkan lagi persengketaan dingin yang melambatkan proses mencapai kemenangan . Jika disedari , satu soalan akan menerjah : untuk apa mengejar pangkat , kedudukan dan publisiti sedang di akhirat kelak kita akan menjadi manusia yang hina dina ?
Al Fudhail telah mengingatkan kita :[9]
لو كانت الدنيا من ذهب يفنى و الأخرة من خزف يبقى لكان ينبغى لنا أن نختار خزفا يبقى على ذهب يفنى
“ Kalaulah dunia ini terdiri dari emas yang akan binasa dan akhirat dari tanah bakar ( tembikar ) yang kekal , sayugianya kita memilih tanah bakar yang kekal berbanding emas yang binasa.”
3. Cinta keturunan ( Asobiyyah )
Sabda Rasulullah saw. :
ليس منا من دعا إلى عصبية و ليس منا من قاتل على عصبية و ليس منا من مات على عصبية .
( رواه أبو داود )
4. Cinta nafsu .
Firman Allah swt :
ولو اتبع الحق أهواءهم لفسدت السموات و الأرض .
( المؤمنون 17 )
“ Jika sekiranya kebenaran itu mengikut hawa nafsu mereka nescaya hancur berkecai langit dan bumi ”
Firman Allah swt :
و أما من خاف مقام ربه و نهى النفس عن الهوى فإن الجنة هى المأوى .
( النازعات 40 - 41 )
“ Dan adapun orang - orang yang takut kepada kebesaran tuhannya dan menahan keinginan hawa nafsu maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya .”
CINTA MUDA MUDI ( REMAJA ) :
PERMASAALAHAN DAN PENYELESAIAN .
Mengharungi pasca modern , mencetus komunikasi berani antara manusia . Sopan susila , adat budaya dan adab bangsa kian diketepikan . Susila barat , budaya hippies dan adat rimba dibangga - banggakan sebagai trend dunia terkini.
Muda mudi adalah egensi yang terlalu ketara membantu penguatkuasaan gejala keruntuhan moral . Pergaulan bebas menjadi slogan perjuangan mereka . Hidup mereka hanyut ke tengah gelombang ganas yang membunuh aqidah . Realiti ini suatu tragedi yang mencuit perasaan .
Cinta dikalangan muda mudi turut tercemar oleh wabak jijik yang bermaharajalela . seringkali percintaan antara mereka berakhir dengan kekecewaan dan maksiat yang keji .
Filem - filem cinta yang kini laris di pawagam - pawagam seluruh negara antara saham pihak berwajib dalam membentuk masyarakat muda mudi yang mabuk cinta tanpa peduli halal dan haram . Harus diingati bahawa kita selaku mukmin tidak sebebasnya bertindak sesuka hati . Sabda Rasulullah saw :
الدنيا سجن المؤمن و جنة الكافر .
( أخرجه مسلم )
“ Dunia ialah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.”
Realiti sebuah tragedi .
Asy - Syaqi bersyair :
نظرة فابتسامة فسلام فكلام فموعد فلقاء و قال الشاعر : و ما الحب إلا نظرة اثر نظرة تزيد نموا إن تزده لجاجا .
Maksudnya :
1. Main mata dan senyum lirik sebagai agenda pertama dalam aksi mengorat . Sekiranya ada response , pasangan semakin bertindak .
2. Bersahut suara dan saling hubung - menghubungi melalui surat , telefon dan sebagainya . Kesempatan ini akan digunakan oleh kedua - dua pihak untuk berbuat sesuatu agar hubungan semakin erat termasuk penggunaan mentera .
3. Merancang pertemuan ( dating ) di tempat - tempat umum untuk meluahkan perasaan masing - masing . Bungaan ayat diluahkan demi memaut hati pasangan .
Contoh :
a . Lautan api sanggupku harungi .
b . Kalau tak percaya belahlah dada .
c . Berkorban apa saja , sanggup sehidup semati .
d . Sanggupku serahkan tubuh demi cinta .
4. Tatkala kemesraan kian bersemi , pasangan bercinta teramat sukar untuk tidak ‘ menyentuh ’ antara satu sama lain . Tindakan minima , mereka akan bersentuhan bahu dan berpegangan tangan ketika berjalan .Tindakan mereka lebih berani apabila mereka beraksi di tempat sunyi seperti kelab istirehat , kelab malam , di tepi pantai dan seumpamanya .
5. Sentuhan demi sentuhan disiri pertemuan berikutnya akan mematikan rasa malu yang ada pada pasangan tersebut . Nokhtah inilah bermula sebuah cinta bernoda . Palitan kotor dan lumuran jijik melingkari cinta mereka . Namun pasangan sebegini sering beralasan sekadar ‘ ringan - ringan ’
6. Sentuhan mula dilakukan dilakukan di bahagian yang paling biasa seperti mengurai rambut dan mengusap tangan . Fenomena yang dianggap biasa ini jarang dibantah oleh pihak gadis .
7. Akhirnya rentetan sebuah realiti membawa satu tragedi hina dek rangsangan nafsu rambang .
Begitulah gelumang cinta penuh noda lakonan muda mudi yang tidak berpedoman . Nafsu dan syahwat menjadi kriteria utama hidup mereka . Sedangkan Allah telah memperingatkan dalam firmanNya :
إن النفس لأمارة بالسوء
( يوسف 53 )
“ Sesungguhnya nafsu menganjur kejahatan ”
Gejala bohsia dan bohjan yang melanda negara kita hari ini , satu realiti yang mencemaskan . Nafsu mengatasi malu . Inilah bahana cinta nafsu yang tidak dibendung , malah ada pihak yang sengaja mencurah minyak di atas api yang sedang marak . Pencerobohan konsert Salem cool , Scorpion , Micheal Jackson , Inul Daratista dan lainnya ke negara kita tanpa restu dari orang yang beriman telah cukup membuktikan jenis minyak yang mereka curah ke atas api nafsu remaja yang sedang marak .
( Kajian terhadap pekerja kilang di Lembah Kelang membongkarkan : 21 % daripada mereka pernah berlaku sumbang . 14% sering melakukan hubungan seks dan 21 % lagi pernah melakukannya . “ Keruntuhan moral remaja ini banyak dipengaruhi oleh media massa , kemudahan mendapatkan video lucah , percampuran bebas lelaki dan perempuan serta sikap tidak ambil peduli jiran sekeliling .” ) [10]
Penyelesaian .
الإسلام هو الحال demikianlah slogan kebenaran . Pemendapan syariat Islam dalam mengemukakan teori penyelesaian terhadap krisis moral muda muda hari ini merupakan satu jenayah yang terlalu kejam . Lantaran tindakan itu mencetuskan pergeseran jiwa dan fitrah muda mudi tanpa panduan .
1. Mendalami urusan ugama . ( تفقه فى الدين )
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من يرد الله به خيرا يفقه فى الدين .
( رواه البخارى و مسلم)
“ Barangsiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Allah nescaya diberi faham tentang ugama”
Pendidikan Islam selayaknya dijadikan asas pendidikan dalam sebuah negara yang mengaku Islam sebagai ugama rasmi sementara ugama - ugama lain tetap dirai’ sistem pendidikan mereka . Sikap double standard yang meletakkan institusi pengajian Islam awam di kelas bawah punca kemelesetan ilmu dan aqidah .
Alasan masyarakat majmuk yang memaksa sistem pendidikan Islam tidak dijadikan asas pendidikan negara adalah alasan yang karut . Mengapa ugama rasmi negara yang majmuk ini di sebut sebagai Islam .? Kenapa tidak disebut ‘ ugama majmuk ’ ? dan kenapa pula pendidikan negara tidak disebut pendidikan Islam ? Soalnya , keseriousan dalam menangani ehwal ugama Islam masih bersifat pinggiran .
فمن يرد الله أن يهديه يشرح صدره للإسلام و من يرد أن يضله يجعل صدره ضيقا حرجا كأنما يصعد فى السماء كذالك يجعل الله الرجس على الذين لا يؤمنون .
( الأنعام 125 )
“ Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberi petunjuk padanya , nescaya Ia melapangkan dadanya untuk Islam . Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatan , nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit , seolah - olah ia sedang mendaki ke langit . Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang - orang yang tidak beriman .”
2. Tidak bergaul bebas . ( عدم الإختلاط المذموم )
Suasana percampuran lelaki dan perempuan tanpa kawalan syariat wajib dibasmi . Bermula dari sekolah hingga ke pusat hiburan . Pergaulan tanpa batas inilah punca menularnya gejala free sex atau zina terkutuk .
Firman Allah swt :
ولا تقربوا الزنا إنه كان فاحشة و ساء سبيلا .
( الإسراء 32 )
“ Dan jangan kamu hampiri zina maka sesungguhnya zina adalah perbuatan yang amat keji dan suatu jalan yang buruk.”
3. Membentuk keperibadian . ( تشكيل الشخصية )
قد أفلح من ذكاها و قد خاب من دساها .
( الشمس 9 )
“ Sesungguhnya beroleh kejayaanlah siapa yang menyucikan jiwanya dan sesungguhnya rugilah siapa yang mengotorinya .”
Empat unsur pembentukan syakhsiyyah Islamiyyah .
a . Aqidah Rabbaniah ( العقيدة الربانية )
b . Komited dengan syariat Allah swt. ( الإلتزام بشريعة الله )
c . Melawan nafsu . ( المجاهدة بالحق )
d . Sabar menghadapi tentangan dalaman atau luaran. ( الصبر و المصابرة )
4. Berkomitmen dengan Jamaah Islam . ( الإلتزام بجماعة المسلمين )
Penglibatan dengan gerakan Islam dan aktivitinya sebagai benteng kukuh dari ancaman gelombang sosial yang tidak menentu . Dasar dan prinsip gerakan Islam mampu memandu jiwa ke jalan yang lurus sekaligus menanam rasa benci meluat kepada maksiat dan kebathilan .
Firman Allah swt :
ولتكن منكم أمة يدعون إلى الخير و يأمرون بامعروف و ينهون عن المنكر و أولئك هم المفلحون .
( ال عمران 104 )
“ Dan hendaklah ada dari kalangan kamu segolongan ummat ( Jamaah ) yang menyeru kepada kebajikan , menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran . Mereka orang - orang yang beruntung .”
5. Membentuk suasana yang baik . ( تكوين البئة الصالحة )
Mencipta lokasi solehah yang jauh dari agenda - agenda Iblis yang memukau ummah . Reka cipta ini mestilah di pandu oleh alim ulama’ dengan penuh sedar dan insaf .
Pembangunan Insan terlebih utama dari pembangunan metarial justeru yang akan mengendali metarial kelak ialah insan . Apakah ertinya pembangunan metarial yang serba terkini dengan bangunan puluhan tingkat dan sistem komunikasi canggih tetapi dihuni oleh mat - mat rock yang bermatlamatkan hiburan “dunia rock ” dan mereka yang korupsi aqidah .
Merealisasikan amal soleh dalam pelan pembangunan Insan dan metarial sayugianya ditangani oleh semua pihak bermula dari Dewan Rakyat sehinggalah ke Warung Rakyat .Firman Allah swt :
كنتم خير أمة أخرجت للناس تأمرون بالمعروف و تنهون عن المنكر و تؤمنون بالله
( ال عمران 110 )
“ Kamu adalah sebaik - baik ummat yang dilahirkan untuk manusia , menyuruh yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah ”
6. Memuliakan sunnah perkahwinan . ( اشراف الزواج )
Perkahwinan sebagai institusi pembentukan dan pengurusan ummah yang bermoral . Sewajarnya ia menjadi program yang menggalakkan . Fenomena hari ini mendedahkan kepada umum bahawa perkahwinan amat sukar dilaksanakan dengan pelbagai peraturan ketat yang tidak munasabah dan adat yang keterlaluan seperti mensyaratkan khatam Al quran , hafal surah , mas kahwin terlalu tinggi dan sebagainya [11]. Memadailah syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Islam .
a. Muslim
b. Wali
c. Saksi
d. Ijab dan qabul
e. Mas kahwin .
Kesempurnaan rumahtangga muslim yang memerlukan kepada pengawalan dan penghayatan amal Islami merupakan suatu didikan yang berterusan , tidaklah ia menjadi semata - mata syarat untuk berkahwin . (Maksudnya : Kahwin atau tidak , amal Islami mesti dilaksanakan . )
Harus diinsafi , jangan sampai penzinaan itu menjadi lebih mudah dari perkahwinan sedang penzinaan mengundang murka Allah yang tidak dapat dibendung lagi melainkan taubat dan menjalani hukuman hudud . Sementara perkahwinan , walau asasnya serba lemah dan kurang , namun ia halal dan boleh diselamatkan dengan bimbingan dan pedoman amal Islami .
Kesukaran berkahwin menyebabkan muda mudi hari ini mengadakan “Majlis perkahwinan ” sendiri berwalikan janji - janji manis dan bersaksikan gelora nafsu bejad serta penyerahan ‘mahkota’ sebagai mas kahwinnya . Berlakulah penzinaan sebagai ijab dan qabul yang amat keji dan terkutuk . Soalnya siapa yang bertanggungjawab ??
Sabda Rasulullah saw :
يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج فإنه أغض للبصر و أحصن للفرج و من لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء
( رواه البخارى و مسلم )
“ Wahai pemuda , barangsiapa yang mampu dikalangan kamu maka hendaklah berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan dan barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah ia berpuasa kerana sesungguhnya puasa itu ada tutupan ( menutup nafsu ) ”
( Antara agenda yang membantu perkahwinan ialah menggunakan institusi “ orang tengah ” yang bersih dari pakatan noda dan dosa untuk menjayakan proses perkahwinan .)
CINTA SELEPAS BERKAHWIN
Cinta bersemarak dengan nilai yang suci murni dari dosa dan noda akan menumbuhkan kebahagiaan dan kepuasan yang hakiki . Cinta sebelum perkahwinan adalah dengusan perasaan yang sering membawa imej yang pura - pura dan keterlaluan .
Luahan perasaan dan rengekan suara antara pasangan yang belum halal hanyalah membentuk cinta bernoda dan dikuasai oleh helah syaithan . Sungguh pun batas syariat cuba di pelihara namun menjadi suatu hal yang perlu dibimbangi apabila berlansung hubungan cinta antara dua pasangan yang bukan muhram .
Sikap merahsiakan perhubungan antara pasangan bukan muhram ini antara api syubhat yang bakal membakar hangus benteng syariat antara mereka . Cinta di peringkat ini juga memberi kesan negatif kepada psikologi individu yang terlibat lantaran angan - angan dan khayalan yang sering menghantui .
Perkahwinan sebagai satu penyelesaian kepada konflik “ cinta lutong ” ini. Ianya akan mengajar erti realiti sebuah cinta . Cinta sejati adalah kemuncak rasa yang sukar dicapai . Pengorbanan dan ketabahan sebagai modal pokok kearah pencapaiannya .
Merentasi cabaran dan menyelami perasaan masing - masing ( antara kedua - dua pasangan ) akan menjelaskan nilai cinta murni yang suci dari penipuan dan khayalan bahkan penuh keinsafan dan tanggungjawab .
Tips cinta untuk kebahagiaan Bait Muslim .
Marhalah Amal Islami .[12]
1. Pembentukan peribadi muslim
2. Pembinaan rumahtangga muslim
3. Membimbing masyarakat menuju Ilahi
4. Membebaskan tanahair dari belenggu penjajahan kuffar
5. Memulihkan kerajaan dari sampukan thoghut .
6. Penguasaan alam .
( Seringkali isu kegagalan rumahtangga di perkatakan sehingga ia memberi kesan buruk kepada pasangan yang akan berkahwin . Dapat disaksikan di negara - negara barat apabila muda mudi mulai bosan dengan perkahwinan lantas mengamalkan free sex .)
Rumahtangga yang berjaya ialah yang memiliki suasana asas sebagaimana yang disebut oleh Allah dalam firmanNya :
و من ءاياته أن خلق لكم من أنـفسكم أزواجا لتسكنوا إليها وجعل بينكم مودة و رحمة إن فى ذلك لأيات لقوم يتفكرون
( الروم 21 )
“ Dan diantara tanda - tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untuk mu isteri - isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang . Sesungguhnya pada yang demikian itu tanda - tanda bagi kaum yang berfikir .”
Pendakian ke puncak amal Islami iaitu Ustaziatul Alam ( Penguasaan Alam ) mestilah melalui beberapa marhalah dan aqabah . Bait muslim sebagai marhalah kedua merupakan aqabah yang sukar didaki dengan penuh jaya dan gemilang . Ketabahan , kesabaran dan kebijaksanaan antara prinsip untuk berjaya .
Rumahtangga pejuang Islam .
Aktivis gerakan Islam ( samaada pihak suami atau isteri ) sewajarnya memandang serious urusan mengenderai rumahtangga muslim agar ia tidak menjadi sebab gugurnya seorang aktivis . Penegasan ini dibuat memandangkan keaktifan pejuang memungkinkan rumahtangga terabai , sedang rumahtangga muslim adalah markaz terbaik untuk pengkaderan generasi akan datang yang bernaung di bawah lembayung Al quran dan jihad .
Kedua dua pihak ( pasangan suami isteri ) mesti memahami penglibatan aktifnya dalam gerakan Islam tanpa ia sendiri turut memahami bahawa rumahtangga muslim adalah salah satu agenda gerakan Islam , mencetuskan ketegangan atau kehambaran dalam hidup berumahtangga .
Kebijaksanaan menyusun program menurut prioriti mampu menyelamatkan keadaan . Suatu nokhtah penting yang memerlukan sebuah keinsafan bersama , bahawa rumahtangga yang gagal dan hambar adalah antara jalan rentas menuju ke garis penamat bagi episod perjuangan seorang aktivis .
Tips cinta untuk suami .
Bersikap baik dan lembut dengan isteri
Menjaga kehormatan rumahtangga dan tidak terburu menerima fitnah
Jangan sekali - kali memukul isteri dan penuhi keinginannya dengan baik
Bersabar terhadap karenah isteri
Mengendali nafkah dengan ( tidak bakhil dan boros )
Bergurau senda dengan anak dan isteri ( berkasih sayang dan mesra )
Membantu tugas - tugas isteri dirumah
Jujur dan menepati janji dengan anak dan isteri
Bertanggungjawab dalam memimpin rumahtangga
Tidak bermesra dengan wanita lain
Menjaga rahsia isteri
Tidak merendah - rendahkan isteri di hadapan orang lain
Tidak makan hasil kerja isteri .
Tips cinta untuk isteri .
Berterima kasih diatas pemberian suami dan senantiasa mengenang jasanya
walaupun kecil .
Segera memenuhi permintaan suami
Bertindak diatas keizinan suami , jangan sekali kali mengangkat suara .
Pastikan suami tidak menemui sesuatu yang buruk pada isteri
Pastikan suami tidak mencium melainkan bau yang wangi
Jaga hartanya dengan sebaik - baik tadbir
Jaga maruahnya dengan sebaik - baik taqdir
Jangan mengingkari suami dan merahsiakan sesuatu daripadanya
Membantu urusan perjuangannya
Berkhidmat ikhlas dan aktif untuk ketenangan suami
Berlembut apabila dimarahi dan senyum apabila digembirakan
Mengekalkan sifat malu terhadap suami dan bijak menutur kata dihadapannya .
Menghormati keluarga suami
Menjaga rahsia suami
Tips cinta untuk kedua suami isteri .
Persefahaman
Ta'awun ( bekerjasama )
Wujudkan suasana romantis
Atasi bebanan kerja
Kepuasan seks
Elakkan sikap suka mengkritik pasangan
Saling percaya mempercayai diantara satu sama lai
Menghayati amal Islami
Kebijaksanaan mentadbir dan menyelesaikan masaalah rumahtangga .
Penutup.
Hidup manusia menjadi pasif tanpa cinta bahkan bertaraf durjana tatkala tiada nilai cinta rabbani yang menjadi asas pergerakkan manusia membebaskan diri daripada kepungan api neraka Allah . Justeru itu cinta harus dipertemukan dengan fitrah demi kesejagatan Al hayah ( kehidupan ) anugerah Ilahi .
Manusia wajib menyintai Allah swt. , Rasul saw. dan sesama mukmin sebagai teras pembinaan Daulah Islamiyyah Al Fadhilah . Tanpa cinta berperspektif Islam , dunia akan binasa dan musnah dek kemarau nusrah ( pertolongan ) dan hidayah Ilahi serta permusuhan manusia akan berpanjangan.
Nilai cintalah , ummat menjadi satu Izzah ( keunggulan ) menjadi milik mereka. Firman Allah swt :
و اعتصموا بحبل الله جميعا و لا تفرقوا و اذكروا نعمت الله عليكم إذ كنتم أعدآء فألف بين قلوبكم فأصبحتم بنعمته إخوانا و كنتم على شفا حفرة من النار فأنقذكم منها كذلك يبين الله لكم ءاياته لعلكم تهتدون .
( ال عمران 103 )
“ Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu dahulu bermusuh - musuhan , maka Allah menyatukan hati - hati kamu , lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah bersaudara dan kamu telah berada di jurang api neraka , lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya . Demikianlah Allah menerangkan ayat - ayatnya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk .”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan